Pertama Di Malaysia! Neelofa Jadi Penghias Wajah Edisi Raya Swarovski

Pelbagai kejayaan dan pengiktirafan terus dikecapi oleh selebriti popular tanah air, Neelofa.Terbaharu, ibarat rezeki di bulan yang mulia ini, pengacara ini sekali berbangga apabila dipilih menjadi penghias wajah bagi jenama barang kemas terkemuka dunia, Swarovski.

Sudah Mula Kelihatan Di Billboard 

Pengumuman berita gembira itu dikongsi Neelofa menerusi laman Twitter nya dimana dia akan menjayakan kempen raya jenama itu. Berbesar hati dengan tawaran tersebut, menurut Neelofa wajahnya bersama Swarovski sudah mula kelihatan di kebanyakan iklan dan ‘billboard’ jalan raya.

Kongsi Gambar Kempen Raya 

Jelas pengacara MeleTOP itu, dia menjalani penggambaran kempen raya itu di Abu Dhabi pada bulan lalu bersama-sama dengan pasukan Swarovski.

Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsi beberapa gambar sepanjang disana dan difahamkan kempen raya itu akan mula dimuatnaik secara rasmi pada hari ini. Tahniah Neelofa!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*