‘Doktor Kata Bayi Saya Tidak Aktif’ – Ain Afini Akui Alami Tekanan Sepanjang Proses Penceraian

Kemelut yang melanda rumah tangga PU Abu dan Ain Afini akhirnya menemui jalan penamat apabila pihak hakim mengesahkan mereka sah bercerai dengan talak 2. Baru-baru ini, bekas isterinya yang sedang sarat hamil telah mengakui mengalami tekanan sehingga menyebabkan bayi dalam kandungan terjejas.

Bayi tidak aktif

Menerusi temubual bersama MHE TV, Ain meluahkan rasa sedih kerana bayi dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif akibat tekanan yang dialami selepas membuat pemeriksaan doktor.

Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif. Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat.

‘Dia mahu kembali tapi saya menolak..’

Menurut Ain lagi, masalah yang datang adalah ujian daripada Allah dan pasti ada hikmahnya. Dia juga mendedahkan hasrat bekas suaminya itu mahu kembali bersamanya semula.

Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang. Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini.

Sebelum ini telah viral di media sosial, apabila PU Abu bertindak menceraikan isterinya yang sedang hamil 7 bulan demi mahu berkahwin bersama seorang janda anak satu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: MHETV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*