Masih ingat Nabila pelakon cilik sinetron Mutiara Hati yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, setelah 12 tahun inilah wajah terkini beliau yang sudah dewasa dan makin cantik.

Suatu ketika dahulu, setiap jam 6 petang, pasti kita akan ‘melekat’ di hadapan kaca televisyen rumah bagi menonton sinetron yang ditayangkan di salah sebuah syarikat televisyen swasta. Anda kenal dengan Novi Aulia? Jika disebut nama sebenarnya, pasti anda teragak-agak siapakah itu. Tapi, kalau disebut Nabila pasti semua kenal dan masih ingat siapakah orangnya! Novi Aulia pernah memainkan watak sebagai Nabila dalam sinetron Mutiara Hati yang pernah popular di saluran Tv9 suatu ketika dulu.

Sinetron Mutiara Hati Masih Segar Dalam Ingatan..

Selain Bawang Putih Bawang Merah, antara sinetron yang mendapat sambutan yang menggalakkan adalah sinetron Mutiara Hati yang mengisahkan tentang seorang kanak – kanak perempuan yang sering mengajukan soalan dan menghadapi konflik keluarganya.

Drama yang sarat dengan pelbagai mesej dan pengajaran ini telah membariskan pelakon – pelakon terkenal seperti Novi Aulia, Inneke Koesherawati, Lucky Hakim dan Nadia Vega.Sinetron ini ditayangkan pada tahun 2005 di Indonesia. Ketika itu, ‘Nabila’ baru sahaja berusia 5 tahun. Watak Nabila yang comel dan pintar berjaya mencuri hati para penonton.

Kini, pelakon comel itu sudah berusia 22 tahun. Cepatnya masa berlalu! Masih ingat lagi dengan dialog yang sering dituturkan Nabila di dalam sinetron tersebut? “Ya Allah, bantuin Nabila.” Lagu tema sinetron itu juga sering meniti di bibir penonton.

Watak Nabila cetus fenomena!

Masih ingat dengan watak Nabila yang sering kali memanggil “Bunda” nya? Malah dek kerana watak yang dipegang oleh Novi Aulia ini, rata – rata peminat lebih mengenali sinetron ini sebagai ‘cerita Nabila’ berbanding tajuk asalnya Mutiara Hati.

Selepas sinetron Mutiara Hati, Novi mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan berjaya meraih gelaran juara dalam pertandingan bintang kecil (Idola Cilik Seleb) pada 2008. Album pertama yang dikeluarkannya berjudul Transisi pada tahun 2011 menggunakan nama Nabila dan bukannya Novi Aulia. Ini kerana Novi sudah sinonim dengan panggilan Nabila dalam sinetron Mutiara Hati. Mari lihat foto Nabila versi dewasa!

Semakin Cantik 

Setelah hampir 12 tahun berlalu, Novi kini sudah meningkat dewasa. Semakin cantik walaupun wajahnya tidak banyak berubah.

Masih sama dengan wajah ketika kanak-kanak, bukan? Jom kita dengar pula lagu Ego nyanyian Nabila yang dirakam pada 2011.

Sayangnya, Nabila kini tidak lagi aktif dalam dunia hiburan. Malah, perkembangan terkininya juga susah untuk dijejaki. Laman Instagramnya juga tidak dibuka kepada pengikut awam. Nabila pernah menyatakan ingin menumpukan fokus kepada pembelajarannya. Selebriti cilik ini berbakat besar dan berpotensi untuk melangkah jauh. Tapi, mungkin rezekinya dalam dunia hiburan setakat itu sahaja. – CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber:  forumcari & hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*