“Buang, jangan sesiapa guna lagi!..” – Trag3di sup tulang, 15 minit sebelum berbuka

Trag3di Ramadan kerana sup tulang, begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah duka seorang ibu dan anaknya yang cedera akibat periuk tekanan mele.tup minggu lalu.

Menerusi kejadian pada hari pertama Ramadan itu, Zuraidah Majid, 46, dan anaknya, Muhammad Afiq Azman, 23, dibawa ke Hospital Besar Melaka kerana mele.cur akibat terkena percikan kuah menu berbuka mereka.

Bercerita kepada mStar, anak perempuan Zuraidah, Emma Azman, 27, mengakui sedih dengan kejadian yang menimpa ahli keluarganya.

“Sangat sedih sampai tak tahu nak cakap apa. Ramadan tahun ini memang sedih untuk kami sekeluarga. Adik lelaki meraung, menangis kesakitan.

Lagi 15 Minit

“Bayangkan, lagi 15 minit je nak berbuka puasa. Saya masa tu bersama suami dalam perjalanan ke rumah ibu. Saya baru balik dari bazar, bawa kuih muih dan air tebu.

“Sampai-sampai je semua tengah kelam kabut. Ayah pun dah suruh buang periuk tu, dia cakap jangan sesiapa guna lagi selepas ini,” ujar Emma sewaktu dihubungi pada Selasa.

Dalam kejadian yang berlaku di kediaman keluarganya di Bukit Beruang, Melaka, Zuraidah mengalami luka terbakar tahap satu, manakala anak lelakinya pula mengalami kecederaan lebih teruk, luka terbakar tahap dua.

Malah, dua beranak itu juga terpaksa menjalani pembedahan skin grafting bagi menampal semula kulit yang cedera.

Masa tu dah pukul 7, mak nak buka pentuutp periuk tu tapi ia masih ketat. Dia panggil adik minta tolong buka, terus ia meletup. Sup tu terpercik satu dapur. 

Menurut Emma yang bertugas sebagai pegawai pemasaran di negeri itu, dia terkilan kerana perancangan untuk berbuka puasa bersama-sama tergendala akibat kejadian itu.

Lebih memilukan, doktor juga tidak pasti jika adiknya boleh sembuh menjelang Aidilfitri pada awal Jun ini.

“Ibu tak dimasukkan ke hospital, cuma dia jalani pembedahan pada Ahad sahaja, tetapi adik masih ditahan di wad sampai sekarang.

Mengimbas kejadian itu, Emma berkata, ibunya memasak sup tulang sebagai sebahagian juadah utama untuk menjamu mereka sekeluarga pada hari pertama puasa itu.

“Dah lama ibu memasak, dari pukul 4 petang lagi. Tapi tak tahu kenapa periuk tekanan tu tak keluarkan wap.

Minta Tolong Adik

“Masa tu dah pukul 7, ibu nak buka penutup periuk tu tapi ia masih ketat. Dia panggil adik minta tolong buka, terus meletup. Sup tu terpercik satu dapur,” kata Emma lagi.

Dalam pada itu, perkongsian Emma mengenai kejadian duka itu menerima perhatian ramai di Twitter.

“Ayah pun pernah hampir nak kena. Alhamdullilah sempat mengelak. Penuh satu dapur limpah,” tulis seorang lagi netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: Mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*