‘Senyum bila ditanya pasal bil masjid’ – Rebah saat sujud. Ini Rupanya Amalan Beliau!

“WALAUPUN arwwah (Shaharudin Nordin, 65) bukan orang senang, setiap pekerjaan dibuatnya di masjid itu ikhlas tanpa meminta sebarang upah, dia pandai buat kerja pendawaian elektrik dan semua kerja di masjid dilakukannya.

“Arwwah turut menguruskan semua bil masjid melalui tabung derma masjid tanpa pernah beritahu wang derma tidak cukup dan akan memulangkan baki wang derma yang banyak seolah-olah dia menggunakan wang sendiri untuk bayar semua bil,”

kata Pengerusi Masjid Nurul Hidayah, Kampung Bemban, Taiping, Zainuddin Hamzah.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan, Shaharudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid itu, malam tadi.

Kerja sebagai tukang masak masjid & Siak

Zainuddin berkata, arwwah Shaharudin menjalankan kerja sebagai tukang masak masjid itu bersama isterinya dan melakukan tugas sebagai seorang siak di masjid berkenaan.

Katanya, apabila ditanya jumlah bil masjid berkenaan ketika arwwah memulangkan baki wang derma masjid yang banyak, dia hanya tersenyum dan tidak mahu memberitahu apa-apa.

“Bil masjid tidak pernah tertvnggak dan semua diselesaikannya tanpa diketahui AJK masjid, dia memang seorang yang sentiasa berjemaah di masjid,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Perubahan sebelum pergi 

Menceritakan kejadian itu, Zainuddin berkata, arwwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum solat berkenaan dan bersembahyang seperti biasa pada rakaat pertama sebelum secara tiba-tiba dia sujud.

Beliau berkata, dia kemudiannya reb4h sebelum dibantu jemaah masjid untuk dibawa ke bahagian belakang dan menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Kehilangan yang besar

“Pasukan perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkan arwwah sudah meninggal dunia dan pemergiannya itu satu kehilangan besar kepada masjid berkenaan.

Rajin solat jemaah

“Arwwah insan berhati mulia dan tidak lekang dengan senyuman, dia boleh dikatakan jemaah tetap dan akan datang bersolat jemaah pada setiap waktu,” katanya.

Allahu Akbar! Ramai cemburu dengan cara arwwah pergi menghadap illahi..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : HArianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*