Scha Alyahya Jawab Desas-Desus Sedang Berbadan Dua

Pelakon dan hos popular, Scha Alyahya, menerusi sebuah wawancara dia bersama Utusan Online telah menafikan khabar mengenai dirinya sedang berbadan dua.

Walaubagaimanapun bekas juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) ini merancang untuk menimang cahaya mata selepas anak sulungnya Lara Alana telah mencapai usia lima tahun.

“Memang itu yang kami sekeluarga mahukan. Saya memang mahu mengandung. Kalau mengandung memang saya akan kongsikan dengan semua. Namun buat masa ini belum ada rezeki, harap semua orang doakan kami,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam wawancara tersebut, Scha mengaku atas faktor usia, dia berusah untuk menambahkan zuriat. Walaubagaimanapun dia dan suaminya Awal Ashaari belum menjalani sebarang rawatan alternatif.

“Memang menjadi fokus kami sekarang untuk menambah ahli keluarga. Antara sebabnya faktor usia. Buat masa ini kami masih belum mencari alternatif lain,” jelasnya lagi.

Scha berkahwin dengan Awal pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan puteri sulung pada 22 Julai 2014.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*