Gara-Gara Bertudung Di Kelantan, Nur Sajat Bakal Disam4n?

Bagi menjayakan Mood Republik yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat turut berkesempatan untuk ‘berkampung’ di sana bagi menjual pelbagai rangkaian produk miliknya.

Nur Sajat Bertudung Di Kelantan 

Malah, usahawan tersebut turut dilihat memakai sepasang baju kurung dan bertudung menyambut perintah negeri berkenaan dimana wanita muslim wajib menutup aurat. Biarpun begitu, penampilan Sajat ternyata memberi satu reaksi lain kepada netizen sehingga ‘ditegur’ Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

 

View this post on Instagram

 

meriah nya orang orang kelantan uols!!! meletop sangat❤️❤️❤️❤️❤️❤️ @moodrepublik kelantan😍😍😍😍

A post shared by NURSAJAT (@nursajadiah) on

Mahu Saman Sajat 

Menerusi laporan sebuah akhbar, Pemuda AMANAH menerusi Naib Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Mohd Romizu Mohd Ali mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas usahawan itu kerana berpakaian menyerupai wanita dengan bertudung .

Jelasnya lagi Sajat itu dilihat dengan jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.

“Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini,”

Bukan itu sahaja, malah mereka turut mahukan pihak penganjur dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengajaran pihak diluar sana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*