Aliff Aziz Muat Naik Status Terbaru Walaupun Nama Dia Tengah Pan4s Dan Aliff Satar Pula Tepuk Dahi

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang dilanda kontroversi dengan remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini, bagaikan enggan mengambil pusing mengenai hal itu.

Dalam posting terbarunya di Instagram, Aliff memuat naik iklan rokok elektronik dan sasarannya adalah golongan suami yang mahu berhenti merokok.

Namun, netizen sempat mengecamnya, “Masih tercari-cari alternatif untuk berhenti menggatal?” sebelum Aliff bertindak menutup semua ruangan pada gambar-gambar instagramnya.

ALIFF SATAR PULA TEPUK DAHI DAN INI KALI KETIGA

Sementara itu, seorang lagi pelakon dan penyanyi, Alif Satar sebentar tadi memuat naik gambar ‘Facepalm’ berikutan sering menjadi mangsa tempias ekoran isu yang melanda Aliff Aziz.

Dalam dua kes yang melibatkan Aliff Aziz sebelum ini, Alif Satar seringkali menjadi sasaran netizen yang keliru dengan identiti kedua-dua pelakon itu berikutan nama mereka yang hampir sama.

‘Saya minta maaf, tapi saya tak buat apa-apa dengan Aliff’ – Nismell nafi dakwaan kacau suami orang

“Saya minta maaf sangat-sangat. Semua itu bukan salah saya dan semua ini dari kawan yang dengki sampai post macam-macam sehinggalah menjadi isu sampai begini.

Kalau rasa tak tahu kebenaran, boleh tanya Aliff sendiri,” demikian kata Nismell, remaja perempuan yang viral di media sosial hari ini yang dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Nismell mengakui dia ada merakam gambar bersama suami kepada Bella Astillah itu di sebuah private party tetapi tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua.

“Saya mengaku walaupun saya tangkap gambar dengan Aliff, saya tak ada buat apa pun dan saya kenal Alif masa dekat private party masa tu.

“Ramai orang dan masa itu kawan saya pun ada. Diorang tahu batas saya. Semua ini punca sebab dengki sampai gambar itu jadi permulaan gosip.

“Sampai saya buat live pun diorang record sebab apa? Sebab iri (hati dengan) saya ada tangkap gambar dengan artis dan perburukkan saya macam-macam.

“Saya betul-betul minta maaf. Sampai jadi kes sebesar ini, saya tak tahu macam mana nak betulkan semua ini,” katanya.

Terdahulu viral di media sosial gambar Nismell dengan Aliff mengundang pelbagai reaksi netizen. Isterinya, Bella Astillah hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh netizen.

Dalam kenyataan Bella petang tadi, dia mahu meneruskan kehidupannya dengan Ayden tanpa Aliff dan meminta orang ramai menghormati keputusannya dan memberi ruang kepadanya untuk bernafas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : The Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*