Akaun Mobile Legend Budak Lelaki Ini Kena Banned Sampai 30 Tahun.

Rasanya game Mobile Legend ni memang dah cukup sinonim dengan anak-anak muda zaman sekarang, boleh dikatakan permainan digital ini dah jadi satu fenomena dah. Pergi mana-mana mesti akan ada orang tengh khusyuk main game.

Game ni bukan sahaja famous di Malaysia, malah di Asia Tenggara pun sama. Boleh dikatakan, siapa yang tak main game ni sehari boleh jadi tak keruan. Tu baru sehari, kalau 30 tahun macam mana? Kesian budak lelakid ari Filipina ni, dia jadi viral kerana akaun Mobile Legends miliknya kena ban selama…

10949 hari, 1 jam dan 23 minit! ( 30 tahun! )

Video budak lelaki itu menangis itu dikongsikan oleh ayahnya sendiri, Mark Samonte di Facebook. Bapanya boleh pula menyakat si anak ini yang dok sibuk menangis. Ye lah kalau kena kat aku punya pun aku nangis weh! 30 tahun lagi! Kurang pasti apa motif akaun dia kena ban tapi ada netizen mendakwa bahwa akaun lelaki ini ‘kantoi’ sebab gunakan cheat code.

Ada juga yang mendakwa bahawa lelaki ini menggunakan telefon palsu sebab nak tarik perhatian netizen. Tapi bila tengok skrin handphone memang namapak real. Bagus jugalah kalau kena banned, sekolah dulu fokus pada pelajaran lepas 30 tahun boleh sambung balik.

Sepanjang admin main ni, belum pernah lagi tengok orang kena banned sampai macam ni sekali. Sumber lobakmerah

Info tambahan : ‘7 Tanda Anak Ketagih Main Game Yang Ibu Bapa Perlu Tahu!’

APAKAH KESAN JIKA SELALU KETAGIH MAIN GAME? Sebenarnya permainan video pada mulanya mungkin dicipta untuk memberikan hiburan alternatif kepada manusia tetapi lama kelamaan ianya telah meracuni dan menjadikan permainan video ini satu aktiviti yang tinggalkan banyak kesan yang negatif.

Permainan video akan memberikan kesan yang buruk seperti ketagihan apabila ianya telah digunakan secara berlebihan dan melampau. Jika suami pun boleh ketagih game Clash of Clans (COC), anak juga boleh ketagih game yang sama. Bukan setakat itu, mungkin game-game yang lain yang kita tidak sedari. Apatah lagi jika permainan sebegini sudah diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal 2 tahun, maka kesannya dikhuatiri akan lebih parah. Banyak kebvrukan iPad dan gajet lain yang ibu-bapa perlu tahu.

#1. SEMAKIN KURANG BERKOMUNIKASI. Anak asyik diam sahaja?. Cuba lihat perkembangan anak. Jika gajet menjadi pengganti ibu bapa, maka bilakah masanya kita berkomunikasi dengan anak? Jika tidak dibendung, anak akan bermain permainan yang bukan-bukan tanpa had dan kawalan. Ibu bapa pula sibuk dengan tugasan, tidak sempat melarang mahu pun mengawal anak-anak. Maka komunikasi semakin kurang dan hubungan sudah semakin tidak rapat.

#2. TIDAK FOKUS. Anak yang terlalu terdedah kepada permainan video, akan mula hilang fokus kepada pembelajarannya. Ini adalah kerana permainan video telah memberi kesan negatif terhadap penglihatannya. Dia hanya berminat terhadap imej-imej yang terang, laju bergerak dan bertukar-tukar. Buku-buku sudah tidak menjadi bahan yang disukai lagi. Anak akan cepat bosan jika hanya mengadap buku dan duduk mendengar celoteh guru di dalam kelas.

#3. SUKA MENGASINGKAN DIRI. Anak yang ketagih permainan video akan suka mengasingkan dirinya kerana dia tidak mahu diganggu kerana terlalu fokus terhadap permainannya. Dia begitu teruja untuk mengumpul markah dan sentiasa meletakkan target untuk memenangi satu-satu permainan video terbabit. Bilik akan menjadi ‘markaznya’ untuk bermain tanpa sebarang gangguan.

#4. HILANG MINAT TERHADAP HOBI SEBELUM INI. Anak kita sebelum ini mungkin sangat berminat bermain bola di padang atau bermain basikal bersama kawan-kawannya. Namun sejak ketagihan permainan video, dia mungkin sudah tidak berminat lagi. Dia sudah punya hobi baru iaitu berkubang dengan gajetnya.

#5. EMOSI TERGANGGU. Anak yang disyaki ketagih permainan video sering kali dilihat terganggu emosinya. Dia mudah marah apabila diganggu atau kalah. Kadang kala dilihat terlalu teruja apabila menang. Jika gajetnya disimpan, dia mula sedih dan ‘mati kutu’ kerana tidak tahu apa yang dia mahu buat pada ketika itu.

#6. MULA MENIPU. Anak yang dikhuatiri ketagihan permainan video, sudah mula untuk menipu untuk mendapat lebih masa bersama gajetnya. Jika tidak dikawal, dia mungkin akan langkau waktu solatnya atau mengatakan kepada ibu dan bapanya bahawa kerja rumahnya yang masih rapi tersimpan di beg sudah pun disiapkan. Inilah bahayanya jika tidak dikawal!

#7. BERAT BADAN BERTAMBAH. Anak akan kurang bergerak. Peluh tidak ligat dikeluarkan seperti sebelum ini ketika dia bermain bola mahu pun mengayuh basikal. Dia hanya duduk mengadap gajet dan menggerakkan beberapa batang jari. Makanan serta minuman ringan menggelilinginya. Beratnya semakin naik!

Tidak salah untuk memberikan anak gajet. Sekali-sekali mereka perlu juga kepada hiburan, namun biarlah berpada. Janganlah sehingga gajet menjadi pengganti kepada ibu bapa dan anak terus hanyut tanpa pengawalan. Seperti gula yang manis dan sedap, jika ianya berlebihan, tentunya ia akan memberi kemudaratan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: EMN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*