“Lama Menyendiri Tak Keluar Rumah, Tak Ada Semangat Nak Jumpa Orang,” – Remy Ishak Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Pelakon, Remy Ishak meluahkan isi hatinya menerusi buku biografi miliknya yang dikeluarkan  pada bulan April.

Remy berkongsi serba sedikit mengenai kandungan buku tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Buku tersebut bakal menceritakan kisah dan pengalamanya sepanjang bergelar anak seni selain persoalan yang tidak pernah didedahkannya sebelum ini.

“Aku tak berjaya menarik orang ramai ke pawagam untuk menonton! Lama aku menyendiri, aku tak keluar dari rumah. Takde semangat nak jumpa orang. Aku jadi marah.

Peminat ajak bergambar ramai tapi

“Rasanya, jumlah peminat yang minta bergambar tiap kali terserempak dengan aku, lebih ramai dan banyak daripada jumlah kutipan tiket dipawagam.

“Tapi kenapa mereka tak pergi pawagam tonton cerita yang aku dah berlakon..? Yang aku dan kawan-kawan berhempas pulas dalam pembikinan?

Kecewa & belum matang

“Kami dah buat cerita best-best, peminat tak pergi tengok”.

Aku dah tak tahu dia orang minat bahagian mana. Aku jadi rajuk. Tapi ini cerita masa tahun 2010. Aku belum cukup matang dalam segala hal,” kongsinya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyatakan rasa tidak sabar untuk mendapatkan biografi.

Remy atau nama sebenarnya Zalimei bin Ishak mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Astrogmpak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*