“Sebagai Bukan Orang Muslim, Saya Sangat Mengerti Pahit Jerih…” – Gambar Pekerja Pos Malaysia Ini Undang Rasa Sebak!

“Sebagai Bukan Islam, Saya Sangat Mengerti Pahit Jerih…” – Gambar Pekerja Pos Malaysia Ini Undang Rasa Sebak! Menurut posting Iskandar Muadz itu, kedua-dua pekerja Pos Malaysia ini difahamkan sedang bertugas lebih masa.

Gambar dua pekerja Pos Malaysia yang sedang berbuka puasa ini memaparkan realiti sebenar yang tidak semua bernasib baik untuk berbuka bersama ahli keluarga tercinta.

Gambar terbabit dimuat naik oleh seorang individu bernama Iskandar Muadz sejak semalam dan kini tular di Facebook hingga dikongsi sebanyak 4,500 kali oleh netizen

Malah beberapa jam kemudian posting terbabit turut dikongsi oleh laman rasmi Facebook Pos Malaysia sendiri.

Menurut posting Iskandar Muadz itu, kedua-dua pekerja Pos Malaysia ini difahamkan sedang bertugas lebih masa dan secara kebetulan telah dijemput oleh tuan rumah untuk makan bersama memandangkan telah masuk waktu berbuka.

“Kesian adik-adik pos laju ni. Syukur masih ada yang baik hati panggil diorang masuk berbuka sama. Bila ditanya, mereka ini ada kerja lebih masa, sibuk sangat,” katanya.

Tambahnya, dia menasihatkan pada mereka yang membeli barang secara atas talian diharapkan supaya banyakkan bersabar dan bertabah.

“Tolak ansur sikit, mereka bukan robot. Kalau ada kesilapan kecil boleh selesaikan pelan-pelan,” katanya.

Sementara itu netizen mendoakan supaya tuan rumah dan dua pekerja Pos Malaysia ini dimurahkan rezeki. Tambah manis, gambar ini turut menarik perhatian netizen yang bukan beragama Islam.

Ini antara komen mereka:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM
Sumber:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*