Gadis ini merasakan ada sesuatu pada perutnya, kemudian hasil imbasan menunjukkan ada wajah ikan di dalam perutnya.

BARU-baru ini seorang gadis telah menjadi perhatian ramai orang apabila hasil imbasan ultrasonik perut gadis tersebut menunjukkan “wajah ikan” di dalam perutnya! Gadis berusia 17 tahun tersebut, Bessina, memberitahu keluarganya pada satu hari bahawa perutnya tidak normal dan dia merasa ada sesuatu diperutnya yang menyakitkan.

Pada mulanya keluarganya berfikir yang dia ada hubungan dengan lelaki di luar. Mereka berfikir dia telah hamil dan segera membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Tetapi Bessina menafikannya dan dia mengatakan dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki.

Doktor pun melakukan imbasan supersonik untuk melihat perut Bessina. Kemudian sesuatu yang luar biasa berlaku apabila ada wajah ikan yang keluar pada skrin tersebut. Berita ‘bayi ikan’Bessina dengan cepat telah tersebar, ramai yang membicarakannya di media sosial.

Ada orang berpendapat bahawa dia diserang oleh “makhluk di laut”, dan menjadi hamil. Disebalik berbagai khabar angin yang tersebar, setahun kemudian Bessina kembali melakukan pemeriksaan di hospital. Di dalam perutnya tiada ‘bayi berwajah ikan’ seperti yang tertangkap semasa ultrasound sebelum itu.

Rupa-rupanya dia telah mendapat sejenis penyakit pada bahagian perutnya yang menyebabkan berat badannya tiba-tiba naik dari 40 kg hingga 50 kg, dan kerana itulah dia juga merasakan kesakitan. Selain itu ianya juga telah menyebabkan perutnya kelihatan seperti orang yang hamil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Micelle0926

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*