Anak Ezzaty Jatuh Di Tempat Sama Yang Ada Kelibat Sesuatu Tahun Lepas. Apa Yang Terjadi Memang Buat Ezzaty Naik Bulu Roma

Pelakon, Ezzaty Abdullah, berdepan detik cemas apabila anaknya perempuannya, Harum Dahlia, jatuh di tangga sehingga mengalami pendarahan pada bahagian gusi.

Lebih merisaukan dirinya apabila kanak-kanak berusia setahun lima bulan itu jatuh di tempat sama yang menyaksikan kemunculan kelibat ketika foto bersama Harum dirakam, penghujung tahun lalu.

Menceritakan kembali detik berkenaan kepada BH Online, Ezzaty berkata, entah bagaimana Harum boleh bermain sendirian di tangga ketika dirinya sedang memasak, baru-baru ini.

“Insiden terbabit berlaku sekitar jam 8 malam dan ketika itu, suami (Azwan Kombos) sedang menonton televisyen di ruang tamu. Kami tidak tahu bagaimana Harum boleh berada di kawasan itu sebelum terjatuh hingga gusinya berdarah.

PELAKON, Ezzaty Abdullah, dan suami, Azwan Kombos, pada majlis hari jadi anak mereka, Harum Dalia di Bukit Jelutong, Disember tahun lalu

“Saya jadi berang dan memberi ‘amaran’ kepada makhluk itu kerana ia seperti mengganggu anak saya. Jika sebelum ini kelibat kelihatan di tangga ketika bergambar bersama Harum, kali ini dia terjatuh pula di tempat yang sama,” ujarnya ketika berkunjung ke Balai Berita.

Disember lalu, Ezzaty berdepan pengalaman mistik apabila foto bersama anak yang dikongsi di Insta Story turut dikatakan ‘merakamkan’ beberapa kelibat di belakang mereka.

“Selepas kejadian itu kami ada memanggil beberapa orang ustaz datang ke rumah untuk memeriksa persekitaran rumah,”

“Alhamdulillah, selepas kejadian lima bulan lalu itu, kami tidak lagi diganggu. Biarlah jika ia hendak menumpang, asalkan tidak mengacau kita yang berada di rumah,” katanya.

Ezzaty turut berkata, kejadian berkenaan membuatkan dirinya lebih berani dan tidak hanya bergantung kepada suami.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya pula, Ezzaty memaklumkan dia kini sibuk mengendalikan spa yang dinamakan dengan nama puteri kesayangannya, Harum, di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Menurutnya, dia berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai pelaburan untuk masa hadapan.

“Jujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman menguruskan spa, namun bersama bantuan seorang rakan, impian membuka Harum terlaksana juga. Saya bersyukur kerana setiap hari kami menerima pelanggan baharu, selain kunjungan mereka yang pernah mendapatkan khidmat pusat penjagaan diri ini.

“Saya menceburkan diri dalam perniagaan sebagai pelaburan untuk masa hadapan. Saya kena terima hakikat, suatu hari nanti rezeki dalam lakonan mungkin tidak lagi selebat sekarang. Apa pun, buat waktu ini bidang lakonan masih menjadi keutamaan kerana minat saya lebih ke arah itu,” kata Ezzaty.

Selain spa, Ezzaty turut menjadi wajah kepada produk antipenuaan, Vermillion, yang mengandungi ekstrak bunga ros untuk kesegaran berpanjangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*