Satu Keluarga Tidur Dalam Kereta, Anak Lelaki Meningg4l Dengan Mulut Berbuih Dipercayai Terhidu Gas Beracvn!

Satu insiden telah menggemparkan penduduk berdekatan Masjid At-Taqwa, Kampung Salo daerah Kampar, Riau Indonesia apabila mereka terjumpa sebuah kereta. Apa yang mengejutkan adalah di dalam kereta tersebut ada sebuah keluarga yang tidak sedarkan diri. Lebih menyayat hati apabila anak lelaki mereka meninggal dunia.

Dipercayai kejadian itu berlaku disebabkan oleh keracvnan gas. Hal ini demikian kerana sewaktu mereka dijumpai, enjin kereta dan penghawa dingin masih ‘hidup’ sementara bahagian cermin di bahagian pemandu dan penumpang tertutup rapat.

Telah dibawa Ke hospital

Deni Yusra yang merupakan Ketua Perhubungan Awam Polis Kampar mengatakan bahawa suami dan isteri terbabit telah dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat. Kedua-duanya terlihat begitu lemah dan diberi rawatan yang intensif. 

Manakala anak mereka yang baru berusia 14 tahun dijumpai dalam keadaan mulutnya berbuih di tempat duduk belakang.

Saksi kejadian mengatakan bahawa ternampak kereta yang tersadai berdekatan dengan kawasan masjid. Beliau kemudiannya cuba untuk mendekatai kereta berkenaan dan melihat 3 orang dalam keadaan pucat dan seperti sedang tidur. Beliau cuba membuka pintu dan memanggil untuk mengejutkan mereka namun tiada sahutan.

Nampak Kereta Tersadai

Maka, beliau lantas melaporkan perkara ini ke pihak berkuasa. Apabila sampai di tempat kejadian, pihak polis dan Tentera Nasional Indonesi berusaha untuk membuka pintu kereta secara paksa untuk menyelamatkan masa. Analisis awal mendapat mangsa terhidu gas beracvn berpunca dari pelepasan gas ekzos.

Disebabkan itulah apabila mahu tidur atau berehat dalam kereta, kita dinasihatkan untuk mem4tikan enjin, penghawa dingin dan membuka sedikit tingkap.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Liputan 6

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*