Resepi Ayam Masak Thai Viral Sangat Mengiurkan! Menu Wajib Berbuka Puasa Nanti

Bila tiba saja bulan Ramadan pasti para ibu pening fikirkan juadah untuk disajikan kepada keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Kadang-kadang sudah jemu makan masakan Melayu. Apa kata jadikan masakan Thailand seperti dikongsi Aien Weyl yang mengiurkan ini sebagai juadah berbuka puasa pula. Makan ketika sahur pun boleh.

Ayam masak Thai

Bahan A (wajib)

10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng

1 biji bawang besar dipotong bulat

2 batang serai dititik

Daun limau purut

Garam secukupnya

2 sudu sos tiram

2 sudu sos cili

Minyak

Sedikit air

Bahan B (kisar)

3 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

5 biji cili merah

3 biji cili hijau

2 biji cili api

Cara memasak

Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing.

Kemudian, masukkan Bahan B (kisar) gaul hingga sebati. Masukkan sos tiram, sos cili dan air. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garamuntuk rasa secukupnya.

Hasilnya…

Beginilah hasil masakan Ayam Masak Thai yang mengiurkan. Rasanya memang sedap bercampur rasa pedas original Thai dan sangat sesuai dinikmati semasa waktu berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: Aien Weyl

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*