Rangup & Dilimpahi Coklat! Ini Cara Buat Kuih Raya Almond Nips Ala Ferrero Rocher

Buat anda yang masih mencari-cari menu kuih raya, apa kata try satu resepi istimewa ini iaitu Almond Nibs ala Ferrero Rocher homemade. Sangat simple dan sedap dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja.   Sekali makan memang tak puas!

Guna 2 bahan saja

Ramai rupanya yang suka dengan Almond Nibs ala Ferrero Rocher homemade ini. Mama kongsi resepi kat sini ye. Boleh cuba buat sebab sangat mudah dan cuma pakai 2 bahan je. Resepi dan tips ‘sure menjadi’ ada kat setiap gambar. Bahan-bahannya:

  • Almond Nibs (Badam hancur)
  • Coklat masakan (Beryls milk coin)

Cara-cara

1. Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek Kuantiti agak-agak ikut naluri je. Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 darjah. Boleh balik-balikkan badam itu supaya ia dipanggang dengan sekata.

2. Kemudian, cairkan coklat masakan. Mama guna Beryls milk coin.. kuantiti agak-agak juga. Rasa sedap hati kira on la tu. Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure beritahu detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood!

3. Badam yang dah bakar atau sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down. Dah tak marah-marah sebab dah sejuk. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dlm 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera. Tapi, pastikan badam mesti bagi sejuk dulu, takut tak jadi rangup lepas gaul dengan coklat.

4. Pastu masukkan dalam paper cup comel-comel. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan mcm ceduk aiskrim bekas tu ha. Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup, memang sedap!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: Intan Najwa Othman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*