“Neelofa Pernah Cuba Islamkan I Masa Shooting Di Rome.” – Michael Ang Dedahkan Rahsia

Selepas beberapa minggu kisah penghijrahan pengarah drama terkenal tular di media sosial.

Hari ini, menerusi rancangan Chit Chat With Michael Ang di saluran YouTube Astro Ria X episod 1, Michael telah memberitahu bahawa pelakon dan pengacara canti,k Neelofa, pernah mencuba untuk mengislamkannya.

Kerap gaduh artis sebab nak tahu jawapan Islam

Pada minit ke 2 perbualan dalam rancangan tersebut, Michael telah menjelaskan bahawa dia kerap bertelagah dengan beberapa artis bagi memperoleh jawapan atas kepercayaannya.

Ketika itu, dia masih lagi belum bergelar Muslim.

Secara spontan, pada minit ke 16, Mic menceritakan bahawa Neelofa pernah berseloroh untuk mengislamkannya semasa sedang menjalankan pengambaran di Rome.

Namun begitu, pengarah tersebut akhirnya mengaku sebenarnya ketika itu dia sudah pun menjadi Mualaf.

Menerusi perbualan itu juga, dia turut menceritakan mengenai bagaimana dirinya kembali kepada fitrah dengan memeluk agama Islam kepada Neelofa.

Video penuh:

Peminat suka tengok mereka berdua

Pengarah drama tersebut telah memuat naik sedutan daripada rancangan itu ke Instagram miliknya dan ternyata ramai warganet meninggalkan komen positif disitu.

Semoga Mike terus istiqomah dan menjadi Muslim yang baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Instagram michaelang38

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*