Dr. Amalina Mohon Orang Ramai Hulurkan Sumbangan Percepatkan Urusan Ainul Mardhiah Ke London!

Semalam, ayah kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin telah mengesahkan bahawa Dr. Amalina Che Bakri telah memberi maklum balas kepadanya dengan menyatakan pasukan beliau sudah siap sedia menerima kehadiran Ainul Mardhiah ke United Kingdom bagi menjalani rawatan di sana.

Namun, dalam entri Safiuddin itu juga menyatakan Ainul perlu menjalani imbasan MRI terlebih dahulu di Malaysia sebelum berangkat ke London. Menurut Dr.Amalina ramai pakar di sana ingin membantu Ainul untuk kembali sembuh seperti kanak-kanak yang lain.

Bantuan Orang Ramai

Dalam ‘story’ di akaun Instagram Dr. Amalina juga memohon jasa baik masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan untuk membawa Ainul Mardhiah dengan segera ke London. Turut tertera nombor akaun Ahmad Safiuddin.

Untuk anda menghulurkan bantuan boleh terus salurkan ke akaun ayah Ainul. 554110509928 (Ahmad Safiuddin Ahmad Razak Maybank).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: Dr.Amalina, Ahmad Safiuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*