Soo Wincci Kongsi Pengalaman Tahun Ke-8 Berpuasa

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran mengenai selebriti verstail, Dr Soo Wincci yang kini menetap di Valencia, Sepanyol.

Tahun Ke-8 Berpuasa 

Berdasarkan muatnaik yang dikongsi nya bersama peminat di laman Instagram, Soo Wincci dilihat sedang sibuk dan begitu aktif dibelakang tabir.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ketika semua umat Islam sedang berpuasa, selebriti ini juga tidak melepaskan peluang untuk berpuasa pada tahun ini. Berkongsi juadah berbuka dan sahurnya ketika berpuasa di hari pertama yang bermula semalam, siapa sangka ini merupakan tahun ke-8 Soo Wincci berpuasa!

 

View this post on Instagram

 

Selamat Bersahur From Spain =) My 8th Year of Fasting ! #InwinccibleJourney #ramadan2019 #Spain #Valencia

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Dipuji Peminat 

Terdahulu, Soo Wincci penah berkongsi pengalaman dimana menurutnya waktu berpuasa di Sepanyol lebih panjang bersamaan dengan 16 jam lamanya. Malah pelakon ini juga pernah ditanya apakah faktor dan mengapakah dia berpuasa oleh peminat. Jawabnya selain ingin kekal sihat, dia juga merupakan anak kelahiran Malaysia dan berbangga untuk bersama-sama berpuasa bersama rakan-rakan yang lain.

Rata-rata pengikutnya di Instagram begitu mengagumi keazaman Soo Wincci untuk terus berpuasa sehingga ke hari ini. Jika Soo Wincci boleh, mengapa tidak kita bukan? Selamat berpuasa Soo Wincci!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*