Betul Ke Mira Filzah Digelar Gadis Idaman Malaya? Ini Komen Empunya Badan!

Personaliti dan penampilan yang menawan hati menjadikan pelakon dan pengacara cantik Mira Filzah tumpuan ramai.

Tidak kira sesiapa, ramai yang mengagumi pembawakan diri dan kredibiliti bakat yang dimiliki gadis kelahiran Ipoh, Perak itu.

Malah, baru-baru ini juga ada sebilangan kecil memberikan Mira jolokan ‘gadis idaman Malaya’.

Mengulas mengenai jolokan yang mungkin terkandung banyak makna itu, jelas Mira dia menerimanya seikhlas hati sekiranya itu jolokan buat dirinya ketika ini.

“Gelaran itu datangnya daripada orang luar, saya sendiri pun tak tahu. Ramai saja gadis muda dan cantik di Malaysia tapi Alhamdulillah mungkin ada yang nampak saya sesuai dengan gelaran sebegitu.

“Sebenarnya berat untuk membawa beberapa gelaran misalnya Malaysia’s Sweetheart termasuklah ‘gadis idaman Malaya’ ini, ia memberi pelbagai perspektif di mata orang ramai.

“Ada yang mungkin menyokong dan mungkin yang akan mempersoalkannya. Oleh kerana orang luar yang tentukan, jadi saya terima dengan ikhlas,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2019 di Malaysian Petroleum Club KLCC, Kuala Lumpur semalam.

Bagi Mira, menjadi diri sendiri adalah perkara terbaik yang boleh dipraktikkan bagi memastikan tanggapan masyarakat terhadapnya tidak terpesong.

“Sebenarnya lagi berat kalau pengiktirafan diterima secara rasmi misalnya dalam satu-satu majlis anugerah. Tetapi ini hanyalah tanggapan orang.

“Bagi saya memadailah saya hanya jadi diri sendiri dan apabila itu tanggapan orang terhadap saya, perlulah saya jaga sebaiknya supaya tanggapan itu masih sama sampai bila-bila,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Mira akan memulakan penggambaran rancangan Resepi Mak Esah dan terbabit dengan program Sepahtu Reunion Live Raya sepanjang Ramadan nanti.

Malah, Mira bakal muncul dengan telefilem khas Pujaan Hati Kanda Raya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*