“Allah Nak Bagi Asbab, Tu Saya Tak Boleh Nak Control,”- Nafi Pan4s B4ran, Lan Pet Pet Berhajat Bawa Pak Ya Tunai Umrah

Pelakon dan pelawak, Mazlan Hj Ahmad atau lebih sinonim disapa Lan Pet Pet menangkis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya seorang panas baran.

Katanya, sebagai seorang pelawak, amat sukar untuk dirinya mempunyai sifat kasar dan marah terhadap orang lain.

“Saya ni seorang pelawak. Amat susah untuk saya marah orang ni. Jaranglah boleh saya katakan. Tetapi haritu nak dijadikan cerita Allah nak bagi satu asbab, tu saya tak boleh nak control.

“Saya nak belikan air untuk anak saya, anak saya ada acara sukan malam tu.

“Jadi masa duduk di ‘Hotel California Besi’ saya belajar dengan teman-teman saya di dalam tirai besi tersebut bahawa dalam tiga saat sahaja kita boleh hilang pertimbangan,” katanya 

Lan Pet Pet berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media “Maafkan Kami” Lan Pet Pet dan Pak Ya bertempat di i-Cafe Bikerstation Food Court, Sungai Buloh pada Selasa.

Dalam pada itu, Lan Pet Pet turut mengumumkan mahu menaja Pak Ya sepenuhnya menunaikan umrah, Disember depan.

“Saya ingin meminta kepercayaan daripada keluarga Pak Ya untuk membawa Pak Ya menunaikan umrah.

“Saya nak minta izin semasa di sana nanti saya akan jaga Pak Ya seperti saja jaga bapa sendiri,” jelasnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*