Selepas Sah Dilantik MB Johor Yang Baru, Ibu Dedah Sifat Dan Perangai Sebenar Dr Sharuddin

Muar : “ Beliau (Dr Sahruddin Jamal) sendiri yang telefon saya malam tadi untuk memaklumkan dilantik sebagai Menteri Besar Johor,” kata Isniah Kasmongin.

Isniah, 73, berkata hanya Allah SWT sahaja mengetahui perasaannya yang begitu gembira dengan perkhabaran itu anak kelapannya itu dilantik ke jawatan itu dan berharap akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“ Syukur Alhamdulillah kerana anak saya dilantik sebagai Menteri Besar. Saya sebagai ibu mendoakan supaya beliau dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.

“ Saya juga menasihatkan beliau supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Batu 28 Lenga, Pagoh di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Sahruddin kembali ke kampung halamannya kira-kira jam 2 petang sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pagi tadi.

Kepulangan Menteri Besar itu untuk menemui ibunya bagi mendapatkan restu apabila dilantik mengisi jawatan nombor satu Johor itu yang dikosongkan penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk Osman Sapian.

Ditanya mengenai perwatakan Dr Sahruddin, Isniah berkata, anaknya seorang yang peramah dan sentiasa bertanyakan khabar dirinya.

“ Beliau boleh dikatakan setiap pagi akan menelefon saya untuk bertanyakan khabar, beritahu di mana beliau berada. Saya pula akan menasihatkan beliau supaya sentiasa berhati-hati dan menjalankan tugasnya dengan baik,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Bahariah Jamal, 47, berkata beliau juga sekeluarga sememangnya bersyukur dan gembira apabila adiknya dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu.

“ Kami adik-beradik seramai 10 orang sememangnya amat rapat dari dulu hingga kini. Dr Sahruddin juga agak peramah dan kalau beliau balik ke kampung, beliau akan suka berjoging. Jika di rumahnya, dia suka berbasikal.

“ Lagi satu perkara mengenai Dr Sahruddin, dia suka kicap. Kalau makan mesti ada kicap dan kalau tak ada, beliau akan makan sedikit sahaja,” katanya.

Terdahulu Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal kembali ke kampung halamannya di Kampung Baru Batu 28 Lenga, Pagoh di sini, sebaik selesai istiadat pelantikan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketibaan Dr Sahruddin disambut oleh ibunya, Isniah Kasmongin, 73, ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung yang menantikan ketibaan anak jati kampung terbabit.

Dr Sahruddin kemudiannya masuk ke rumah dan bersalaman serta mencium ibunya bagi mendapatkan restu atas perlantikannya sebagai Menteri Besar yang baharu.

Beliau kemudiannya menyertai tahlil dan doa selamat yang diadakan di kediaman ibunya yang turut dihadiri oleh penduduk kampung.

Terdahulu, Dr Sahruddin sempat singgah di sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1 dan meluangkan masa selama kira-kira 10 minit beramah mesra bersama warga sekolah itu.

Beliau kemudiannya menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek Kampung Baharu Batu 28 Lenga dan beramah bersama jemaah masjid dan kemudiannya terus menuju ke kediaman ibunya yang terletak berhampiran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*