Selepas 7 tahun penantian, Danny X-Factor timang anak pertama

Penyanyi dan pelakon, Danny X-Factor menerima cahaya mata selepas isterinya, Zaidatul Norfazlin selamat melahirkan anak sulung di sebuah hospital kerajaan di Putrajaya pagi tadi.

Perkara itu dikongsi oleh Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa di laman sosial Instagram miliknya yang bersyukur dengan kurniaan tersebut.


“Alhamdulilah syukur diatas kurniaanmu Ya Allah SWT. Terima kasih kepada yang mendoakan isteri dan anak lelaki pertama kami.

“Tepat jam 11:15 pagi Khamis lahirnya putera kami . Sekarang gelaran baru saya papa dada ayah daddy pokmu. Terima kasih. Atuknya tengah azan,” tulisnya.


Selepas tujuh tahun penantian, kehadiran putera sulung lelaki berkenaan dihujani ucapan syukur dan tahniah daripada netizen atas kelahiran paling bermakna itu.

Tahniah sahabat…

Syukur dah jadi bapa!

Selamat berpantang buat isteri…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

Sumber : Danie Anwa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*