“Atuk saya, orang panggil dia Komando Man. Nenek saya, Nek Dijah.” –terus berubah muka imam lepas tahu siapa atok dan nenek , patutlah mak dan ayah tak bagi balik kampung

Dipetik dari laman Fiksyen Shasha , kisah Ijam ini boleh dikatakan agak menarik untuk dibaca.Ikuti kisahnya dibawah (maaf ,agak panjang)

Nama aku Ijam.Aku anak tunggal.Dedi aku ni Polis, mami aku cikgu. Masa ak 17 tahun ak rasa pelik nama dedi mami tak balik umah atok nenek sedangkan atok nenek sihat lagi.Last balik masa aku umur 1 tahun.Tapi belah dedi dah lama meningggal.

Sbb rasa pelik lah.lepas spm.ak buat kerja gila. ak komplot dgn anep.ckp.tido.umah dia padahal ak balik kampung.Balik guna kereta Anip. Punyalah aku bersungguh kan, nak jumpa atuk ngan nenek aku. sebab tak penah nampak depan².Bayangkan dari KL aku drive sampai ke Kedah.

otw balik.Aku rasa seram sejuk lain macam. Aku bertolak lepas subuh.Punya excited nak balik kampung.Aku teruskan perjalanan.Sampai sana ku tanya orang kampung Alamat kampung Atuk tu kat mana.

Kat halaman yang lapang tu, aku turun kereta.Boleh tahan rumah atuk aku ni. Atuk aku ni pencen askar.Aku dengar atuk aku ni bekas komando.

“Assalamualaikum…” Aku jenguk² cari atuk.Cari nenek.Walaupun aku tak berapa kenal muka dorang.Aku beranikan diri.

Tiba² ada orang tua belakang ak.Terkejut aku sampai terlompat.“Atuk ke ni?”

“Marilah masuk. Jumpa nenek kamu.” Aku pasti tulah atuk aku.Aku nampak muka dia dalam gambar dalam album lama mami.

“Ijammm” suara garau dia panggil nama aku.Heran jugaklah, aku balik sini masa umur aku setahun kut.Macam mana dua orang manusia ni boleh kenal aku?

Aku salam dan peluk atuk nenek Rindu wei.Menitis jugak air mata lelaki aku ni.Iyalah, umur 17 tahun baru merasa nak peluk atuk ngan nenek.Tergamak dedi ngan mami tak balik jenguk dorang.

Nak sembang ngan atuk ngan nenek, tapi dia orang macam asingkan diri dari aku.Aku pikir mungkin dorg tak selesa dengan kehadiran aku yang tiba-tiba ni.Lepas rehat aku pergi masjid solat magrib.

Balik dari masjid aku singgah kat satu gerai ni.Aku beli tomyam dan lauk banyak-banyak sebab niat hati aku nak makan ngan atuk ngan nenek.

Atuk ngan nenek makan semua makanan.Punyalah berselera dorang ni.Nenek yang sakit tu boleh makan bertambah-tambah.Abes je makan.Lepas makan aku melilau kejap kat rumah atas tu.Rumah atas tu je ada 5 bilik.Semua bilik kosong.Bilik paling hujung kedengaran macam riuh sikit.Eh, mana ada orang.Aku mula rasa pelik.Tiba-tiba je dengar suara budak-budak tengah main.

Aku cepat-cepat je tolak pintu bilik tu.Dah takde apa pulak.Aku tepuk-tepuk katil tu tiga kali.Aku duduk jap atas katil tu.Tiba-tiba bunyi “Arrghhhh…” dengar nenek aku menjerit kuat kat bawah.Aku tengok nenek aku elok je tidur.Atuk tak ada.Aku mula pelik.Lepas makan tadi, aku nampak dia keluar ikut pintu dapur sambil pegang sebatang lilin.

Sebelum tidur malam tu.Aku ambik wuduk, aku buat solat hajat.Lepas tu aku baca Surah Al-Mulk.Sebab aku dah mula rasa pelik sangat-sangat.Lepas aku baca Surah Al-Mulk tu, terus perut aku memulas macam nak terberanak je aku rasa.Lepas tu aku muntah.

Bila dah muntah badan aku dah rasa lemah gia dan tertido.Bangun Pagi tu pulak, aku rasa macam nak demam. Sebab semalam aku mimpi dasyat gila.Dalam mimpi tu aku nampak atuk aku heret tangan aku masuk hutan tebal.

Dalam hutan tebal tu dia paksa aku sujud depan makhluk besar bertanduk.Mulut menatang tu luas gila.Benda tu mengaum depan aku. Bunyi dia macam harimau lapar.Sampai bergegar hutan yang dalam mimpi aku tu.Aku habis-habis punya degil taknak sujud dan aku hanya sebut nama Allah…Allah…Allah…banyak-banyak kali.

Masa tu aku tersedar dari tidur, tengok jam dah pukul 5.Aku bangun mandi dan masa mandi tu aku rasa pedih kat belakang badan aku.Aku nampak macam ada luka kat belakang aku. Luka macam kena toreh. Lepas mandi aku gagah kan jugak ke masjid. Nak jemaah solat subuh.

“Orang muda…” “Orang muda ni asai dari mana?”.Imam yang imamkan solat tadi panggil aku kat parking.

“Saya dari KL, Imam.Datang ziarah atuk ngan nenek saya.”

“Muda-muda dah berjemaah kat masjid.Baguih- baguih…” Imam tu tepuk-tepuk belakang aku. Masa dia tepuk belakang aku tu.Aku rasa macam nak tomoi je imam tu.

“Dia marah dah tu…” imam tu gelak. Muka dia tenang. “Pakda rasa, hang tak buleh duk sini lama-lama. P baliklah.Sat lagi takut makin teruk.” Imam tu bahasakan diri dia Pakda.Dan nasihat dia buat aku terkejut.

“Boleh saya ikut pakda balik ke rumah pakda?” Masa tu aku dah rasa lain macam sangat.Aku rasa aku dah tak kuat untuk balik ke rumah atuk ngan nenek aku.

“Jom,Ikut pakda.” Imam tu drive kereta kancil dia slow-slow. Aku follow kat belakang.Sampai rumah Imam. Turun je dari kereta.Aku terus muntah.Kali ni bukan muntah warna hitam.Muntah warna Merah.Rupanya darrah.

“Ya Allah.awat hang ni? hang sakit ka? Ya Allah…Bismillahirahmanirahim…” Imam tu letak tangan dia kat belakang aku lepas tu dia baca ayat quran.Baca rukyah. Masa tu aku rasa macam nak terajang Imam tu.

“Dah jom masuk.Pakda nak tanya hang satu benda ni.”

Bila aku langkah masuk dalam rumah dia.Aku rasa tenanggg sangat.Sejukkk hati aku ni. Lapanggg dada. Mami selalu cakap kat aku.

“Rumah orang yang selalu menjaga solat jemaah dan selalu mengaji.Jadi Rumah akan rasa tenang.” memang betul.Aku yakin Imam ni sorang yang alim.

“Jangan duk berdiri.Sat lagi rebah pulak.” Pakda nak tanya

“Awat hang balik mai sini?”

“Saya nak jumpa atuk ngan nenek saya, pakda.Saya tak pernah jumpa dorang. “Masa tu aku angkat muka aku.aku nampak atuk aku berdiri di belakang imam sambil pegang sebatang kayu yang hitam berlumut.

“Allah…” Aku terbangun sambil mata terpaku ke arah atuk

“Awat?” Imam turut sama bangun dan dia lihat ke sekeliling. “Awat? hang nampak apa?”

“Takde apa, Pakda.” Aku duduk balik.Dalam dada ni rasa macam nak pecah je.

Imam duduk pun terkumat kamit baca something. “Siapa atuk ngan nenek hang tu, Ijam? Kenapa sampai mak ayah hang tak bagi balik sini?”

“Atuk saya, orang panggil dia Komando Man.Nenek saya, Nek Dijah.”

“Allahuakhbar…Laillahaillallah…Astaqfirullahalazim…Astaqfirullahalazim…” Imam raup muka dia.Berkali-kali.

Aku dah start risau dah. “Kenapa Pakda?”

“Jom kita balik p rumah tokwan hang.P ambik semua barang hang. Jom…”. Orang tua tu punya kalut nak pergi rumah atuk aku.kami sampai di rumah atuk aku.

“Masuk, ambik semua barang hang.” Imam tunggu kat laman sambil baca rukyah.

Aku pun berlari pergi ambik barang aku.Masa tu, rumah atuk aku buruk gila.Usang.Penuh sawang.Barang-barang aku pun duduk merata tempat. Padahal tepi sofa tu je aku letak barang aku.Katil nenek aku kosong.Atuk aku pulak takde.

Lepas ambik semua barang, aku berlari ke kereta.Dalam perjalanan balik ke rumah Imam.Telefon imam berdering. Imam suruh aku buat LoundSpeaker,

“Abang, balik sat. Cepat, Ni Fatehah ni jadi apa tak tau. Abang balik cepat. Anak kita ni…”

“Ya Allah…Awatnya? sat-sat tunggu.”

“Kenapa, Pakda?” risau pulak aku.Dan kehadiran aku ni macam menyusahkan je.

Sampai je rumah,dari halaman lagi aku dah dengar seseorang menjerit. )Nyaring dia bukan main.Seram bila pikirkan balik.

‘Fatehah.Kenapa dengan Fatehah anak pakde tu?’ aku hanya mampu risau dalam hati.Anak dia dah la cantik berpurdah td bg aku air.Dah takkan nak tanya bapak dia banyak-banyak.Kang tok imam tu kejar aku ngan parang. Mampuih.

Imam dah berlari masuk ke dalam rumah.Sliper dia terpelanting ke kiri ke kanan.Aku pun jalan laju-laju ikut Imam.

“Ijam, hang mai tolong aku.”

Aku tergamam.Nak tolong apa ni? disebabkan rasa seram ya amat bila dengar jeritan Fatehah.Aku berdiri kat ruang tamu aku azan.Dengan kompidennya aku azan weh.Lepas aku azan.Aku baca baca Alfatehah. 3 kul.Ayat Kursi. Ayat 1000 nidar. Ayat ke 4 Surah At-Tariq.

Jeritan Fatehah dari dalam rumah terus stop. Aku Bingung.Dalam hati ni membuak-buak rasa nak tahu. Tapi takkan aku nak redah masuk tengok anak dara orang? Tiba-tiba aku nampak Fatehah tu lari ke arah aku. Laju gila dia lari. Macam berjalan atas angin.

“Ijam! tolong pegang dia.Jangan bagi terlepas.” “Ijam, kejar dia. Kejar!” Imam dah tercungap-cungap.Isteri Imam baru keluar dari dalam pun sama terbatuk-batuk macam orang lelah.Nak tak nak,tinggal aku jelah nak kena kejar Fatehah.

“Allahuakhbar!!!” Aku bertempek. Kuat.Keluar suara jantan.

Langkah Fatehah maati.Dia berpaling.Dia renung aku. “Jangan kau mimpi nak keluar dari kampung ni. Kalau kau keluar jugak.Maati budak pempuan ni.” Suara yang keluar dari mulut Fatehah, sebijik macam suara atuk aku. Aku makin rasa pelik.

“Aku nak kau!” Fatehah tiba-tiba duduk dilantai. Duduk bersila macam orang bertafakur. Dia pejam mata. Tangan dia letak kat dua-dua lutut dia.Imam Azan. Isteri Imam dah terduduk kat lantai. Menangis.Lepas Imam Azan. Fatehah terjelepuk pengsan.

Aku pulak tiba-tiba rasa pening. Rumah imam tu berpusing-pusing. Perut aku pulak rasa macam ada orang cakar. Dan masa tu kat telinga aku, aku dengar suara nenek aku menangis. “Jangan balik Ijam…jangan balik. Mari ambik nenek kat rumah ni.”

Isteri imam dan Imam dah papah Fatehah masuk ke dalam bilik. Kesian Fatehah. Aku rasa Imam macam sembunyikan sesuatu. Aku tengok skrin fon, Anip call aku.“Woi, kau kat mana? Mami dedi kau cari kau ni. Dorang call dah dekat 400 kali aku rasa. Better kau baliklah. Kau ni pun…”

“Ye, ye…Esok lepas subuh aku terus balik. Kau off je telefon kau tu.”

Dalam 30 minit aku tertidur, aku terkejut ada orang beri salam.

“Assalamualaikum…” Kedengaran suara seorang lelaki dari arah pintu depan.

“Waalaikumusalam…” Aku gerak ke depan. Nampak ada sorang remaja lelaki baya aku tengah bukak kasut. Dia pakai baju uniform KFC.

“Pakda suruh saya mai sini. Saya Anas.” Dia hulur tangan, bersalam dengan aku.

“O…Anak buah pakda erk? Aku Ijam.”

“Saya nak mandi sat.” Budak Anas tu blah hilang.

“Ijam…Kenapa tak balik rumah nenek ngan atuk hang?”

Terkejut Tuhan je yang tau. Tiba-tiba Mak Cik da tercegat kat tepi aku. Perghhh…Aku urut-urut dada. Jantung dah laju 140 kilometer sejam. Pelik betul. Tiba-tiba muncul. Dah tu tanya pulak soalan yang tak masuk dek akal. Tapi disebabkan rasa hormat. Aku layankan jelah.

“Kenapa? terkejut?” Mak Cik Da still berdiri tegak. Senyum sinis je. Senyum macam perli. Eh, yang paling pelik kan, kenapa Mak Cik Da ni siap berlipstik bagai? siang tadi aku tengok isteri Imam ni muka dia tak ada pun secalit mekap.

“Mak Cik, nak ke mana malam-malam ni?”

“Nak sembang dengan hang la…”

Aku dah mula tak senang.Aku bangun.Duduk di kerusi satu lagi.Mak Cik Da senyum. Dia tarik-tarik selendang dia tutup sikit rambut yang terburai keluar.

“Minumlah kopi tu…” Tangan dia tunding ke arah cawan kopi yang entah bila masa boleh ada kat atas meja kat sebelah aku. Aku bagi alasan “Saya nak ke dalam dulu mak cik.Saya nak prepare untuk insyak.”

Mak Cik Da diam je. Angguk tak, cakap pun tak.

“Arrghhhhh…Arrghhhh…Bawak dia balik…Bawak dia balik…” Tiba-tiba masa aku on the way ke bilik tu, aku dengar suara Fatehah menjerit kuat.Terloncat aku.Terkejut.

Aku berlari ke arah bilik Fatehah. Anas pun kelam kabut keluar dari bilik dia dan berlari ke arah bilik Fatehah jugak.

“Assalamualaikum, saya nak masuk ni” Aku kuatkan suara kat luar pintu bilik.

“Waalaikumusalam. Masuk cepat Ijam. Tolong mak cik. Cepat Ijam…” Mak Cik Da tengah pegang Fatehah. Aik? bertudung labuh pulak Mak Cik Da ni? mekap semua ke mana?

“Awat dia ni Mak Cik? takut la…” Anas terus kecut perut. Pucat gila muka dia. “Hang tau dak baca-baca?” Anas pusing ke arah aku. Menggelupur Fatehah kat atas katil sampai tergolek jatuh ke bawah.

Kesian betul aku tengok dia.Cepat-cepatlah aku berlari ke dapur, Aku ambik segenggam garam, aku baca Alfatihah, Ayaq Kursi, lepas tu aku baca pulak Ayat 69 Surah Thaha. Aku hembus kat garam tu, aku baling ke arah Fatehah.

“Grrrrrrrrr…” Fatehah menahan marah. “Aku sakittttt…” Fatehah menjerit dengan suara garau. “Assalamualaikum…” Aku try bagi salam.

“Aku kafir. Aku tak jawab salam. Aku cuma nak kau je. Jom ikut aku balik.” Fatehah bangun berdiri. Terjun pula ke lantai.

“Woiii natang pa ni woii. Seram…Aku keluaq dululah…” Anas dah menggigil. Kesian aku tengok dia. Dia keluar dan jenguk-jenguk je kat pintu.

Mak Cik Da menangis di tepi dinding.

“Kau takut? hah? kau orang takut dengan aku?” Fatehah berdekah ketawa. Bergema suara dia dalam bilik tu.

“Aku tak takut kat Jin macam kau. Dah, keluar! jangan kacau Fatehah.” Aku baca Ayat Kursi. 7 kali beb. 7 kali pun dia tak layan. Aku istiqomah. Aku baca lagi. Niat dalam hati, kalau ifrit pun boleh terbakar, Jin dalam badan Fatehah mesti akan terbakar jugak.

Aku baca lagi. Aku bersila depan Fatehah. Aku beranikan diri walaupun aku rasa sedikit goyang. Aku tetap baca ayat kursi 21 kali. Berpeluh ketiak jugaklah.

Last-last Fatehah tumbang. Sempat aku sambut dia, angkat dia baring kat katil. Aku azan ke empat-empat pejuru bilik. Aku nampak atuk aku berdiri di satu sudut bilik. Muka dia hitam. Mata dia merah. Lidah dia terjelir panjang.

Aku teeuskan Azan sampai aku nampak kelibat atuk jadi macam asap hitam berkepul keluar ikut tingkap yang terbuka sikit. Aku teruskan Azan. Moga-moga benda tu tak boleh tembus masuk dalam bilik Fatehah.

Lepas Azan yang terakhir. Mata aku berbinau macam dah tak ada nyawa. Serius aku rasa blur sangat-sangat.

Tiba-tiba “Ijam…Ijam…” Imam tepuk-tepuk pipi aku. Dia bacakan something dan tiup kat ubun-ubun aku.

“Pakda…” Baru aku ada sikit kekuatan untuk bersuara. Aku bangun dari pembaringan. Masa tu Anas bantu aku bangun.

“Hang hebat bro…buleh lawan ngan jin tu…”

Aku tergelak walaupun masa tu tak berapa nak sihat sangat. Imam pun bantai gelak.

“Saya kena balik ni, pakda. Macam mana pun lepas Subuh kang saya kena jugak balik.” “Minum ayaq ruqyah tu dulu, Ijam. Lepas tu p solat Insyak. Hang rehat, dan kalau rasa okay, hang baliklah…” imam macam berat nak bagi aku balik.

Lepas solat Insyak. Aku solat hajat. Minta Allah sihatkan aku. Minta Allah sembuhkan Fatehah. aku baring kat katil. Tidur. Tak mau pikir apa dah. Nak rehat je.

Dalam pukui 4 pagi macam tu, aku tersedar bila pintu bilik aku dikuak slow-slow dari luar.

“Ijam…Bangun minum kopi…” Suara Mak Cik Da sayup-sayup je. Ape bende kul 4 pagi minim kopi. Aku bangun. Ikut je kelibat Mak Cik Da tu. Walaupun aku dah tau benda tu bukan isteri imam.

Bila aku melilau kat ruang tamu, aku nampak Mak Cik Da tercegat berdiri kat tepi rak kitab imam. Berdiri tegak sambil pegang cawan kopi.

Aku menapak dekat dengan benda tu, seriau beb. Aku nak jugak tau. Kenapa benda tu ganggu aku? ganggu Fatehah?

“Kenapa mak cik asyik ajak saya minum kopi je ni?” aku berdiri dalam satu meter jauh dari Mak Cik Da.

Mak Cik Da diam. Aku jenguk muka dia. Ye, memang muka Mak Cik Da. Tapi versi mekap. Merah menyala bibir dia. Mata dia bercelak sakan.

“Janganlah kacau keluarga imam ni lagi. Kalau kau nak kacau aku. Tu urusan aku dengan kau je. Kau jangan kacau Fatehah. Cukuplah.” Menggigil jugak aku masa tu. Tapi kena jugak beranikan diri. Sebab aku rasa Fatehah sakit sebab aku. Akulah punca semuanya.

Mak Cik Da tetap diam. Cuma sesekali dia merengus macam kerbau naik minyak.

“Aku nak balik. Nak balik sekarang jugak. Kau baliklah ke tempat asal kau.” Aku baca ayat-ayat yang aku tau. Aku hembus.

Prang…

Kat dapur aku dengar macam ada pingan pecah. Aku pusing. Dan bila aku pusing balik kat tempat Mak Cik Da berdiri, aku tengok cawan kopi dah berderai kat lantai. Kopi yang tumpah tu busuk gila. Busuk macam air longkang. Dan Mak Cik Da dah tak ada.

“Allahuakhbar…!!!” Aku takbir kuat-kuat sambil berlari ke bilik aku. Aku kemas barang. Lepas tu pergi sumbat barang dalam kereta. Aku masuk balik nak kejut Imam, tapi Imam dah menonong keluar sambil gosok mata.

“Ijam…Ijam…awat ni?” Kelam kabut orang tua tu.

“Saya nak balik, Pakda. Saya kena balik sekarang. Pakda jangan risau. Saya dah sihat ni. Saya kena tinggalkan kampung ni Pakda. Pakda jaga diri ye…Jaga mak cik, jaga Fatehah…” Imam hanya terdiam dan mengangguk. Dia genggam tangan aku.

“Balik elok-elok. Sat lagi kalau dah sampai call Pakda. Hang bawak kereta elok-elok. Kalau ada apa-apa, hang baca ayat-ayat ruqyah hat hang ingat. InsyaAllah Allah akan selalu ada dengan orang yang baik macam hang.” Imam tepuk-tepuk bahu aku.

“Assalamualaikum, Pakda…” Aku bergegas. Masuk dalam kereta dan terus jalan. Tak ada dah nak panas-panas enjin. Lantaklah.

Aku pun bawak laji.Sampi tol Alor Setar, aku dah rasa lega gila. Badan yang sakit-sakit pun rasa okay sikit. Ringan.

Ok, lepas je aku selamat sampai kat rumah Anip, Aku clearlah kereta Anip, bersih apa yang patut. Yang aku peliknya, time aku keluarkan pelapik kaki kat tempat sebelah pemandu, pasir banyak gila. Aku dah ketuk-ketuk pelapik kaki tu pun, still ada pasir. Pasir halus macam kat depan rumah imam. Aku diamkan jelah. Kang kalau aku jujur dengan Anib ni, dia terkencing pulak dalam seluar.

Aku ambik barang dan buat bodoh jelah.

“Nip, gua gerak lu…” Aku angkat tangan kat dia.

“Pergilah balik. Mami kau separuh gila cari kau dowh…” Anib mencekak pinggang sambil isap rokok.

“Ye…gua balik ni…” Aku galas bag dan start motor scrambler aku. Pecut balik rumah. Cerita ni belum habis disini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

SUMBER: Edisi Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*