Hanya 2 Minggu Siapkan DIY Kabinet Dapur Bajet, Modal Cuma RM250

Jom kita ikuti perkongsian Puan Nasibah Ramly bagaimana suami beliau membuat kabinet dapur DIY dengan bajet yang rendah.Disini saya ingin berkongsi cara-cara membuat kabinet dapur DIY yang dibuat oleh suami saya Mat’in Ali.Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya jika kami mengambil tempahan. Maaf kami cuma buat untuk rumah kami dan sekadar suka-suka sahaja.Mana-mana yang kurang budget dan ada masa, anda boleh mencuba membuat kabinet dapur seperti kami.Budget untuk barang-barang yang kami beli di kedai hardware adalah sekitar RM250 sahaja.Kerangka kabinet

Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.

Pintu kabinet


Untuk pintu kabinet, buat bingkai terlebih dahulu. Kemudian tampal dengan playwood nipis sebelah belakang depan. Bagi bingkai depan, guna kayu halus untuk hiasan. Biasanya dijual sekitar RM1 sebatang.

Kayu 1×2 untuk kerangka


Inilah kayu 1×2 untuk buat kerangka dan bingkai pintu. Manakala, kayu halus untuk bikar RM1 sahaja untuk sebatang.

Memasang pintu


Apabila pintu siap dibuat, anda boleh cuba pasang untuk tengok ukuran padan atau tak. Masa inilah untuk anda ubah mana yang patut. Selepas itu anda boleh pasang engsel dan magnet.

Kerja mengecat


Sekarang adalah untuk kerja-kerja mengecat.

Skincoat

Gunakan skincoat dahulu untuk menutup lubang-lubang kayu.  Jemur sehingga kering, kemudian gosok dengan kertas pasir sehingga licin.

Cat undercoat


Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.

Cat warna


Kemudian, cat warna. Ini kod warna ungu kabinet saya. Apabila dah siap cat, keringkan & boleh pasang.

Bahagian dalam


Untuk bahagian dalam, gunakan cat berwarna putih.

Penyangkut


Penyangkut periuk, anda boleh beli di kedai RM2. Cuma bengkokkan penyangkut tersebut untuk mendapatkan kedudukan macam tu.


Tadaa. Dah siap kemas pun. Selamat mencuba!Jumlah kos: (beli barang-barang sahaja seperti kayu 1×2, kayu bingkai(halus), playwood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel) : RM250Tempoh: 2 minggu untuk disiapkan (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

Sumber: Nasibah Ramly 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*