Penyanyi Rap Cinta Baru Naomi Campbell


Supermodel Naomi Campbell dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap Skepta.

SUPERMODEL Naomi Campbell dan penyanyi rap iaitu Skepta dilaporkan sedang bercinta sejak sebulan lalu.

Daily Mail melaporkan Naomi, 47, dan Skepta, 35, hubungan rapat pasangan itu mula dihidu selepas mereka berdua dilihat mesra ketika sama-sama menghadiri majlis Brixton O2 Academy pada awal minggu ini di London

“Mereka duduk bersebelahan dan sangat mesra selain dilihat sering berbisik ketika berbual.

“Pandangan mata mereka juga jelas menunjukkan ada sesuatu yang sedang berlaku di antara mereka,” kata sumber.

Dalam pada itu, pasangan itu turut menghabiskan masa bersama ketika menghadiri parti dianjurkan penyanyi Liam Gallagher walaupun mereka hadir secara berasingan ke majlis itu.

Sumber: mstar